Sesi Rakaman Video Pelajar eKelas Maxis
8 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2019, telah diadakan sesi rakaman video eKelas bagi 10 orang para pelajar PI PPR Kg Muhibbah. Sesi rakaman ini telah diadakan bermula 9.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di PI PPR Kg Muhibbah. Sesi rakaman ini diadakan bagi menghasilkan video terbaru bagi memperlihatkan keseronokan pelajar menerokai pembelajaran di dalam eKelas seterusnya mempromosikan eKelas kepada seluruh Malaysia dengan lebih meluas.
Pelajar yang menyertai sesi rakaman ini merupakan para pelajar eKelas yang telah lama bersama-sama dengan eKelas Maxis sejak dari tahun 2016 lagi. Maxis di dalam usaha untuk meningkatkan promosi berkenaan eKelas untuk menarik lebih ramai pelajar untuk menyertainya. eKelas Maxis merupakan kelas tambahan secara percuma kepada komuniti secara percuma bagi subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: